Ni aku nak cerita hari Jumaat minggu lepas sebelum jumpa doktor. Kena la pegi amik darah dulu. Sebab dah lama aku tak pegi klinik, aku menonong je masuk kat tempat amik nombor yg biasa. Tapi aku tak nampak pun bendalah tu. Tercangak2 gak la. Toleh kiri kanan, depan belakang, nampak la mesin tu kat atas meja tepi nurse 2 org. Aku pun apa lagi, terus je tekan butang temujanji dan duduk menunggu. Tak sampai 10 minit, nombor aku dipanggil. Wah, seronok bukan main lagi sbb tak perlu tunggu lama.
Korang tau, rupa2nya aku tersalah channel. Tu kaunter tempat utk pompuan mengandung daaa!!! Hahaha...nak cover malu, aku bgtau nurse tu aku dah lama tak pegi klinik. Nurse tu siap tunjuk lagi tempat utk amik nombor giliran. Nasib baik la nurse tu baik hati, dia tolong register aku dan terus je pegi kat makmal darah. Fuhhh, lega satu bab.
No comments:
Post a Comment